Selamat Datang Ke Blog Saya

Monday, September 19, 2011

TIPS MENDAKI GUNUNG KINABALU



Cabaran di Gunung Kinabalu:

a. Cuaca tidak menentu, terutama hujan dan kabus.
b. suhu rendah di bawah 10C.
c. Kurang Oksigen kerana tinggi dan kurang tumbuhan di puncak gunung.
d. Implikasi : “Altitude Sickness” – cepat terasa penat dan kepala terasa pening, terasa nak pitam atau pengsan dan akhirnya mungkin muntah. Ini disebabkan oksigen kurang di otak. Oleh itu bernafas dengan betul dan perlahankan rentak pendakian untuk serasi dengan keadaan kurang udara.

Adab Mendaki Gunung :

1. Jangan cakap lepas, sombong, takabur dan bercakap besar.
2. Jangan berdiri dan bergurau di tebing yang curam. Ikut trek dan laluan yang disediakan.
3. Jangan tinggalkan sampah sepanjang perjalanan. Kutip sampah dan bawa turun.
4. Jangan berpisah daripada kumpulan atau rakan, (selepas Sayat-sayat ikut tali yg disediakan.)
5. Jangan terlalu lama berehat semasa berjalan - 5 minit adalah terlalu lama (kecuali di pondok hentian)
6. Jangan membawa balik sebarang benda atau pokok dari gunung.

CADANGAN PERALATAN UNTUK MENDAKI GUNUNG

1. 1 pasang kasut sukan yang sesuai untuk trekking, 2 pasang sarung kaki, satu semasa naik dari mersilau, satu lagi ke puncak... jika hujan boleh pakai yg kering, (bawa selipar jika perlu). Setokin diperlukan untuk mengelak kaki dari melecet.

2. Gunakan Back pack yang sesuai 30-45L dan selesa (bukan nya beg sekolah/beg sandang ). Masukkan barang-barang kedalam plastik dahulu sebelum dimasukkan kedalam bag. Beg akan ditinggalkan di Laban Rata semasa mendaki ke Puncak. Bawa day pack jika perlu.

3. Bawa Lampu “Head Lamp”, Ada di jual di Kg Air RM12.00 satu. Pastikan guna bateri baru.(Lampu Torch light sukar dibawa kerana adakalanya dua tangan diperlukan untuk mendaki )

4. Pastikan Kamera dan Telefon bimbit di masukkan kedalam plastik kecil.

5. Bawa makanan tambahan yang boleh memberi tenaga segera, Biskut, Cokelat (Cloud nine). Air disediakan sepanjang perjalanan, namun bawa 1 botol air mineral atau 100 plus.

6. Bawa Baju Hujan yang sesuai (poncho jenis pakai buang – boleh digunakan).

7. Seluar track yang ada kain didalam (seluar tebal), Jika perlu tight hingga buku lali (tahan sejuk), Boleh memakai seluar ¾ tetapi dari Mersilau hingga ke Laban rata sahaja.

8. Baju T (shirt) ringan semasa mendaki dari Mersilau ke Laban Rata,

9. Bawa Muffler atau Shawl tebal untuk tutup leher dan kepala (jika perlu).

10. Bawa Baju tebal lengan panjang yg dpt tahan sejuk, (wool atau flannel atau memadai kain tebal)

11. Jaket tebal utk naik kepuncak ( waterproof jika ada),

12. Bawa Snow cap yg boleh menutup telinga, (Balaclava jika ada -full mask), jgn pakai topi “cap”

13. Bawa Sarung tangan tebal yang sesuai (waterproof jika ada)

14. Bawa peralatan mandi yg asas sahaja (minimum). Di Laban Rata air terlalu sejuk untuk mandi.

15. Bawa keperluan kecemasan (jika perlu) seperti minyak panas, panadol, plaster dll.

1 comment:

aty abas said...

thanks for the info...amat bguna saat2 ini...kerana akn m'buat pendakian pada 1-2hb ini...wish me luck!!! erm...one more thing...d mn blh dptkn srung tangan yg ssuai ar?