Selamat Datang Ke Blog Saya

Wednesday, May 20, 2009

LAWATAN KE AIR PANAS PORING RANAU

Dismber 2008 – Kami seramai lima orang pensyarah telah membuat lawatan sambil enjoy ke air panas Poring Ranau. Program lawatan ini adalah gabungan pensyarah JP dan JH. Berikut adalah catatan ringkas perjalanan kami:-

Pukul 6.00 pagi – Semua orang bersedia dan menunggu di tempat masing-masing.

Pukul 6.15 pagi – Sepatutnya kami bertolak dari KK ke Ranau, tapi adalah satu kawan tu lambatlah pula. (Moral:- Tak baik biar orang tunggu tau..)

Pukul 6.47 pagi – Kami bertolak dari KK ke Ranau. Pagi tu cuaca sangat baik dan ini menambahkan lagi semangat kami untuk ke Poring.

Pukul 8.11 pagi – Tidak sampai 2 jam perjalanan, kami sampai ke kundasang. Ini semua berkat kecekapan pemanduan En. Kasim. Walaupun matahari sudah naik, kesejukan masih menyelubungi bumi Kundasang. Di sudut pekan Kundasang Gunung Kinabalu terpacak teguh seolah-olah menyambut kedatangan kami. Kami singgah sebentar bersarapan di salah satu Warung pekan Kundasang. Kami menjamu selera dengan Sup Soto tempatan. Emm… boleh tahan juga Sup Soto orang Kundasang ni. Selesai bersarapan kami membeli makanan ringan untuk dijadikan bekal.

Pukul 8.46 pagi – Kami bertolak dari Kundasang ke Poring.

Pukul 9.00 pagi – Kami sampai ke pekan Ranau. Rasa sejuk mula berkurangan dan rasa panas pula mengganti. Ini yang buat semua orang tidak sabar masuk kolam.



Pukul 9.15 pagi – Kami sampai ke Poring. Semua orang kelihatan gembira termasuk saya. Kami dikenakan bayaran RM5 seorang untuk tiket masuk. Sampai di kawasan kolam, sekali lagi kami dikenakan bayaran. RM3 seorang. ”Aik! Ada lagi bayaran.” Saya merungut dalam hati. Pak cik yang menjaga gate kolam tu dengan selamba bercakap ” RM3 ni untuk satu jam saja. Untuk jam yang seterusnya akan dikenakan bayaran RM3 lagi.” Jantung saya tersentak bila mendengar info pak cik tu. Dulu langsung tiada bayaran dikenakan untuk mandi kolam. Sekarang jangankan bayaran tiket masuk, mahu melangkah ke tepi kolam pun kena bayar. Kira jam lagi tu. Adui... macammanalah mahu menyahut cabaran cuti-cuti Malaysia kalau begini. Mahu tidak mahu, kami iakan sahaja peraturan baru tu. Setelah penat berenang di dalam kolam besar kami berpindah ke tempat kolam air panas pula. Nasib baik kawasan kolam air panas tidak dikenakan bayaran untuk masuk. Kalau tidak kena bayar lagilah maksudnya. Apa yang best, kami telah bertemu dengan beberapa bekas pelajar politeknik yang juga sedang sibuk mandi-manda di dalam kolam air panas.


Pukul 12.45 tengahari – Setelah penat bermandi-manda di dalam Kolam, kami pun bersiap-sedia berangkat pulang. Sempat juga kami ambil beberapa gambar sebelum kami tinggalkan kawasan Air panas poring.

Pukul 1.10 petang – Kami sampai di Pekan Ranau. Kami sepakat untuk makan tengahari di Restoran KFC. Tidak puas makan KFC, kami menuju pula ke pasar Ranau. Rezeki kami memang murah kerana kami datang pada waktu musim buah-buahan. Buah pertama yang kami cari ialah buah Durian. Saya dan kawan-kawan tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan raja buah ni. Sebelum balik saya dan rakan-rakan sempat membeli buah-buahan lain. Saya sendiri pajak 5 kilo langgsat. Kira ambil peluanglah sebab di KK manalah dapat harga murah macam di Ranau.

Pukul 5.00 petang – Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Pekan Ranau menuju ke Kota Kinabalu akhirnya membawa kami ke Pekan Tuaran pula. Walaupun badan terasa penat, kami masih cergas menyelusuri pasar tamu Tuaran. Sempat kami membeli beberapa barang dari pasar tamu Tuaran. Selesai minum petang, kami tidak sedar waktu sudah masuk Maghrib.

Pukul 6.28 petang – Kami sembahyang Maghirb berjemaah di Masjid Tuaran.

Pukul 7.10 petang – Kami selamat kembali ke rumah masing-masing.
Seronok bercuti ni.

Pergilah bercuti, pasti fikiran anda tenang dan cergas kembali....

No comments: