Blog untuk inspirasi dan motivasi - "Beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH akan temukan padamu pemilik yang terbaik...

Wednesday, May 20, 2009

LAWATAN KE AIR PANAS PORING RANAU

Dismber 2008 – Kami seramai lima orang pensyarah telah membuat lawatan sambil enjoy ke air panas Poring Ranau. Program lawatan ini adalah gabungan pensyarah JP dan JH. Berikut adalah catatan ringkas perjalanan kami:-

Pukul 6.00 pagi – Semua orang bersedia dan menunggu di tempat masing-masing.

Pukul 6.15 pagi – Sepatutnya kami bertolak dari KK ke Ranau, tapi adalah satu kawan tu lambatlah pula. (Moral:- Tak baik biar orang tunggu tau..)

Pukul 6.47 pagi – Kami bertolak dari KK ke Ranau. Pagi tu cuaca sangat baik dan ini menambahkan lagi semangat kami untuk ke Poring.

Pukul 8.11 pagi – Tidak sampai 2 jam perjalanan, kami sampai ke kundasang. Ini semua berkat kecekapan pemanduan En. Kasim. Walaupun matahari sudah naik, kesejukan masih menyelubungi bumi Kundasang. Di sudut pekan Kundasang Gunung Kinabalu terpacak teguh seolah-olah menyambut kedatangan kami. Kami singgah sebentar bersarapan di salah satu Warung pekan Kundasang. Kami menjamu selera dengan Sup Soto tempatan. Emm… boleh tahan juga Sup Soto orang Kundasang ni. Selesai bersarapan kami membeli makanan ringan untuk dijadikan bekal.

Pukul 8.46 pagi – Kami bertolak dari Kundasang ke Poring.

Pukul 9.00 pagi – Kami sampai ke pekan Ranau. Rasa sejuk mula berkurangan dan rasa panas pula mengganti. Ini yang buat semua orang tidak sabar masuk kolam.



Pukul 9.15 pagi – Kami sampai ke Poring. Semua orang kelihatan gembira termasuk saya. Kami dikenakan bayaran RM5 seorang untuk tiket masuk. Sampai di kawasan kolam, sekali lagi kami dikenakan bayaran. RM3 seorang. ”Aik! Ada lagi bayaran.” Saya merungut dalam hati. Pak cik yang menjaga gate kolam tu dengan selamba bercakap ” RM3 ni untuk satu jam saja. Untuk jam yang seterusnya akan dikenakan bayaran RM3 lagi.” Jantung saya tersentak bila mendengar info pak cik tu. Dulu langsung tiada bayaran dikenakan untuk mandi kolam. Sekarang jangankan bayaran tiket masuk, mahu melangkah ke tepi kolam pun kena bayar. Kira jam lagi tu. Adui... macammanalah mahu menyahut cabaran cuti-cuti Malaysia kalau begini. Mahu tidak mahu, kami iakan sahaja peraturan baru tu. Setelah penat berenang di dalam kolam besar kami berpindah ke tempat kolam air panas pula. Nasib baik kawasan kolam air panas tidak dikenakan bayaran untuk masuk. Kalau tidak kena bayar lagilah maksudnya. Apa yang best, kami telah bertemu dengan beberapa bekas pelajar politeknik yang juga sedang sibuk mandi-manda di dalam kolam air panas.


Pukul 12.45 tengahari – Setelah penat bermandi-manda di dalam Kolam, kami pun bersiap-sedia berangkat pulang. Sempat juga kami ambil beberapa gambar sebelum kami tinggalkan kawasan Air panas poring.

Pukul 1.10 petang – Kami sampai di Pekan Ranau. Kami sepakat untuk makan tengahari di Restoran KFC. Tidak puas makan KFC, kami menuju pula ke pasar Ranau. Rezeki kami memang murah kerana kami datang pada waktu musim buah-buahan. Buah pertama yang kami cari ialah buah Durian. Saya dan kawan-kawan tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan raja buah ni. Sebelum balik saya dan rakan-rakan sempat membeli buah-buahan lain. Saya sendiri pajak 5 kilo langgsat. Kira ambil peluanglah sebab di KK manalah dapat harga murah macam di Ranau.

Pukul 5.00 petang – Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Pekan Ranau menuju ke Kota Kinabalu akhirnya membawa kami ke Pekan Tuaran pula. Walaupun badan terasa penat, kami masih cergas menyelusuri pasar tamu Tuaran. Sempat kami membeli beberapa barang dari pasar tamu Tuaran. Selesai minum petang, kami tidak sedar waktu sudah masuk Maghrib.

Pukul 6.28 petang – Kami sembahyang Maghirb berjemaah di Masjid Tuaran.

Pukul 7.10 petang – Kami selamat kembali ke rumah masing-masing.
Seronok bercuti ni.

Pergilah bercuti, pasti fikiran anda tenang dan cergas kembali....

Saturday, March 28, 2009

DALAM PAHIT ITU ADA MANISNYA...


Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain. Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh memilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik. Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam. Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai sebuah kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan. Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, banyak lagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula. Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya.

Petikan daripada ~ Edirossa ~

Wednesday, September 17, 2008

DOA

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Saturday, September 13, 2008

BILA ALLAH S.W.T MENJAWAB DOA HAMBANYA.


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Sampaikan pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa.
Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Saturday, September 6, 2008

BEBAN SEGELAS AIR


Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya, "Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua?" Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram."Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit.Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulan untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan bertambah"."Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya". "Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi".Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat ambilnya kembali.Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

PS : Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat dilihat atau disentuh, tetapi hanya dapat dirasakan jauh di relung hati anda.

Monday, August 25, 2008

LIFE IS A GIFT


Every day is a gift. As long as I can open my eyes, I will focus on the new day and all happy memories that I have built up during my life.

Thursday, August 14, 2008

IMPORTANT HEALTH TIPS

1. Answer the phone by LEFT ear

2. Do not drink coffee more than TWICE a day

3. Do not take pills with COOL water

4. Do not have HUGE meals after 5pm

5. Reduce the amount of OILY food you consume

6. Drink more WATER in the morning, less at night

7. Keep your distance from hand phone CHARGERS

8. Do not use headphones/earphone for LONG period of time

9. Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning

10. Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping

11. When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times